BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 15 August 2011

Casino Royale

Song terbaik~ for some reason, lagu ni cam kasi aku energy ala-ala James Bond~ Hahaha, besar tul khayalan ni~ What the hell, aku berhak! Ni sebenarnya lagu tema filem James Bond, yg 007 tu la~ Aku first dengar masa tengok filem Casino Royale. tadi baru ditayangkan kat tv5, tu yg teringat balik pasal lagu ni~~`` Terbaiklah lagu ni. Jadi, di sini disertakan part chorus lagu ni supaya dapatlah sama-sama menghayati makna lagu ni~~

[Arm] yourself because no-one else here will save you
The odds will betray you
And I will replace you
You can't deny the prize it may never fulfill you
It longs to kill you
Are you willing to die?

The coldest blood runs through my veins
You know my name



Ya, dengan ini nak kasi mesej sikit~~ pahamkan la lagu tu nak beritahu korang pasal apa~ Aku tahu selepas meneliti lrik ni dan berangan jadi James Bond yg lagu ni mmg bermakna gegila~ So, enjoy-menjoy la curi-curi peluang dengar lagu tu, kat youtube ke, download haram ke.. It's a nice song~~``

                                       THE END

Saturday 13 August 2011

I KNEW IT~~``

So, let say that I don't use English as much as you do~ or maybe I'm not a fluent speaker. YES, I don't know as much weird words as you do,but listen to this~ I CAN DO BETTER THAN YOU! So, let this be a warning, stop your bull crap. I'm not going to deny that you're good, smart, a little bit arrogant and, full of crap~ That's what you are dummy! Just look at yourself how you brag about your "intelligence" n your talent and this and that and what the hell do you want?! You are crazy, that what I want you to know. Don't you realise that each time you're trying to convince people that you're smart, you just make them hate you more. Silence is golden~ especially to you. the less you brag, the less people will hate you~~``


                    This is not THE END sir, because you'll never change!

Friday 12 August 2011

Sembahyang hajat skul~~``

Hari ni~ malam ni, (unless kalau kau baca post ni esok.. pepandai la tukar ayat tu) telah diadakan satu majlis solat hajat berjemaah kat skul aku. Khas kepada mereka yg bakal menduduki PMR, SPM, n STPM~~`` Bukan setakat pelajar yg dijemput, malah ibu bapa, ayam itik sume dijemput hadir untuk sama-sama mendoakan keputusan mereka yg bakal menduduki perperiksaan berikut2~~``


  So, apa sebab aku buat post ni? This is my reflection toward the programme. Overall, it has a good objective, perlaksanaan yg boleh tahan, BUT ( mmg ada tapi) pelajar-pelajar dpt pelajaran yg sesuai tak daripada program ni~? memang solat hajat tu penting untuk memastikan apa yg kita nak akan tercapai, n tuhan beri. But diorang pikir tuhan ni rumah kebajikan ke? nak bagi percuma je. Usaha tu kena tambah biar menebal dulu. Setakat solat hajat just satu malam takkan membuatkan anda dapat A+, takda jaminan eh~~`` Unless tuhan tetiba nak buat surprise, ok la kau boleh dapat A+. Namun, bukan sume org akan dpt mcm tu~


  So, cukup ke sekadar bersolat hajat, tapi perangai korang, attitude terhadap mnimba ilmu mcm sakai~ Belajar malas, bena tak bena~ Takkan nak masuk dewan periksa pastu duduk diam main pemadam, tidor tanpa jawab ( mcm mana nak jawab, kalau belajar pun malas). Jadi, fikir bebetul, apa yg korang dah buat cukup atau tak, or tadi masa solat hajat just mintak lepas lulus je kat SPM tu? Kalau mcm tu, takpa la, hak kau~ Mak bapak kaya, kau gagal pun boleh hidup, tapi setahun dua je la~``


  AKU PULAK MACAM MANA? Aku dah study, alhamdulillah, cuma kena push sikit je biar dpt A+ semua~~`` 11 A+ bukan senang nak dapat~~` Tapi kalau berusaha sure boleh la. Subjek bukan susah mana~ Aku doakan yg terbaik utk aku n mereka yg cuba dengan baik~ 


                                             THE END

Wednesday 10 August 2011

Baik betul ~~``

Teringat kat satu orang ni, masa tengah tunggu berbuka hari ni. Siapa orang tu? Kat post terdahulu aku ada cerita pasal aku ngan Arif, berbuka di Cenderawasih n terpaksa tunggu makanan ngan lama~` But masa berbuka tu, budak tu duduk sebelah meja kitorang. Dia duduk ngan kawan dia. Bila azan dah dilaungkan, kitorang punya pesanan belum disiapkan, so budak ni ngan ikhlas n comelnya menghulurkan segelas air utk aku n Arif minum buat basah bibir.

  Isn't that sweet~` Stranger yg kita tak kenal, buat sesuatu utk kita bila kita perlukan sesuatu.Aku akan ingat dia sampai bebila. aku berdoa supaya dia takkan ditimpa masalah n hidup dia baik je sampailah dia mati. And nanti kalau ditakdirkan aku jumpa dia besar nanti, aku nak belanja dia balik: belanja dia mkn fishball! Ye, fishball, sbb masa buka tu aku prasan dia banyak beli fishball,sotongball and semua yg berball la~``

                                           THE END

P/S: Post kali ini memadailah pendek, sebab kenangan ni terlampau besar maknanya utk dikongsi.Biarlah ia kekal ngan aku je. Nak detail punya story, call aku~

Aku bangga aku belajar PSV~~``

PSV, or Pendidikan Seni Visual ialah matapelajaran yg aku amik utk SPM di samping Bahasa melayu etcetc. Banyak org fikir mereka yg amik PSV ni ayam-ayam je, sedangkan diorang tak tahu pun bagusnya kelas PSV ni~~`` Di sini disertakan beberapa kebaikan yg aku rasa mereka-mereka yg tak amik PSV takkan rasa... .

1. Kebebasan meng-EKSPRESSI diri
  Setiap kerja seni boleh dibuat dengan rileks, tak perlu berkejar or mengerutkan muka mcm Samy Vellu tak dapat projek. Selain itu, aku bebas nak lukis, warna , etc etc ngan mengaplikasi apa aku dah blaja. Ada apa-apa aku nak buat, just perlukan kertas lukisan, berus n palette yg sesuai. Pastu lukis ah. Perasaan yg aku dapat lepas mende tu dah siap yg buat bende ni jadi lebih best. Rasa mcm kita boleh buat semua yg kita nak. Hehehe

2. Keseronokan belajar tak macam subjek lain
  Subjek Sains, Maths sume, belajar kena serius, nak berlawak pun takleh. Mcm aku ni, kalau tengah buat nota BM or Math, aku mmg suka merajin-rajinkan tangan ni buat "nota tambahan" kat tepi nota-nota or kerja yg cikgu beri~~. Hmm, kalau tengok buku nota aku, mmg aku buat ikut kepala sendiri, ada kartun sana sini, itik la, kismis la~ Tapi kalau seni, apa aku nak lukis, cikgu tak kisah. Of corse aku tak lukis serabai, kalau tak dah lama kena comment ngan cikgu~~``

3. Lain dari kebiasaan~~``
  Maklumlah, kat EC, PSV ni utk kekelas last, org pandang bawah tu~ But , who cares? aku tak kisah pun. Seni bukan something ordinary mcm biology or fizik. Nak amik seni, kena pakej ngan bakat skali. Ibarat apa yg cikgu aku pernah ckp," kalau masuk takda ilmu... .". Di sini, ilmu tu maksud dia ialah bakat. So! Kepada sesiapa yg blagak gila ngan subjek cool dia tu, jgn pandang rendah kat org yg blaja PSV ni eh! Kitorang punya subjek perlu lebih daripada sekadar membaca~~``

4. Atmosfera yg berbeza dlm kelas
  Bebudak yg amik seni, yakni 5 Gigih, they are so funny~~`` Kalau join kelas diorang masa seni tu, mcm-mcm ragam diorang. Tak tahan aku. lain from kengkawan yg amik Fizik Bio tu, lawak diorang sopan sangat~`` So, dpt join kelas diorang mmg experience berbeza berbanding yg lepas-lepas~~`` So, utk korang, keep your sense of humour, tapi blaja jgn lupa lak!

5. Lebih sikit dari korang!
  Banyak term-term @ istilah seni. Teknik la, sejarah perkembangan seni n macam2 lagi. Obviously menda-menda ni plajar jurusan lain tak blaja kan~ So, apa lebihnya korang berbanding yg blaja PSV ni~

Walaupun diakui, PSV takda la "setanding" Fizik Bio Chem tu tapi, susah jugak, takdala senang mana. Kalau senang, cuba korang try amik! Tengok E ke F korang dapat~~`` Hehehe jkjk, jangan amik hati ya~~``

                                          THE END

Tuesday 9 August 2011

Takpe bang, kitorang boleh buka ikut waktu India

Hari ni, YES, hari ni la, 9 August 2011, selasa aku berbuka puasa ngan kawan terbaik aku Arif Alwi. Izinkan saya utk story ngan detailnye di sini.[ Bila fikir balik, ni blog aku. Apasal aku kena mintak izin?]

  Aku dah mmg merancang nak rasa berbuka luar umah, so rajinlah mulut ni tanya Arif, nak pi tak. Dia ckp OK, aku pun happy ar. Pada awalnya rancang nak pi Perpustakaan Sultan Ismail di Larkin tu, sebab hari selasa perps tu bkk sampai 10 mlm. So, adalah tempat nak letak beg ke, berguling-guling ke sementara nak tunggu buka puasa kan? And kitorang bercadang nak berbuka di Cenderawasih, food court depan Mutiara Motors, dekat je ngan perps tu~ pas melantak berbuka, kembali semula ke perps n sambung berguling-guling or papela yg sesuai~~`` kihkih

  Datanglah hari selasa tu, aku pi perps dulu, arif menyusul kemudian kerana ada tuition~~` apa je~~`` sampai kat pintu perps aku buat apa yg aku biasa buat : buka sikit pintu tu n stay kat situ buat beberapa minit merasa angin sejuk yg keluar meluru ke luar~~ sedap giler, you should try~~`` TAPI ( mcm biasa, ada tapinya) aku perasan satu notis bertuah ditampal org bertuah di pintu yg bertuah, atas kertas warna kuning, menyatakan perps dibuka sampai kul 5 je bulan ramadan ni~ Well, lojik la, tapi apasal baru ari ni aku perasan notis tu~ Saiz A4 kot, kecik naa~~ atau dia baru tampal ari tu masa diorang tahu aku nak stay sampai kul 10~ Wtv, aku masuk gak.

  So, kat perps aku pi pulang n pinjam buku utk dibaca, (takkan dibuat alas kaki pulak?). Kat dalam tempat yg sejuk damai tu juga, fikiranku bercelaru nak pikir apa nak ckp kat Arif. Dia akan dtg Kul 6, What the fuck la kalau perps tutup. For sure dia kutuk aku kat twitter dia tu~~`` So, aku kena cari cara nak beritahu dia: TELEFON. Kan senang, tapi masalahnya handphone aku tak bawak.Terpaksa la pi public, call abg aku utk mintak no aku so aku call no aku biar kakak aku angkat n mintak dia no arif n then baru aku boleh call dia~ ulang balik ayat tu kalau tak paham. Akhirnya aku dapat reach dia, masa tu kat tuition, suara mcm marah je, seram aku.Talk, talk talk.. . aku ckp aku tunggu kat masjid larkin central. Kul 6 lebih dia sampai~

  Ni dah tukar setting: Kat Cenderawasih. Kul 6:45 mcm tu kita dah start order makanan. Sbb 6 lebih tu ada org ajak pi tmn permainan berhantu kat depan Mutiara Motors tu~ sapelah budak tu~ Arif pesan nasi paprik ngan gulai ikan paus air limau ais apa ntah~ Aku pesan nasi pataya ngan bandung soda~~` But, maybe kitorang pesan lambat sangat, so pesanan tu dtg lambat~ Nak dijadikan cerita, bila azan dah berkumandang, n semua org dah start mkn, kitorang melongo je mcm org tak puasa, tunggu mknan~ Rupan-rupanya mmg dia lupa, makanan dia dapat siapkan dulu. But then kitorang terpaksa pangil dia n tanya pasal air yg telah dipesan.. "Hmm, ada pesan air eh?" selamba je dia jawab. Ikutkan hati nak je aku jawab " Tak, tu yg kitorang dok menunggu-nunggu tu~~`" hampa~hampaaa~~`

   But kitorang dapat pesanan tu walaupun lambat. Sorry Arif kalau menyusahkan kau. Then kitorang pi solat kat larkin central tu, lepaskan maghrib~ Arif dah senak.Marah-marah pun senak jugak~ kahkah. Lepas maghrib, Arif nak melunas rindu mkn aiskrim sundae cikelat McD n beli kentang @ potato.. Aku pi beli coolblog lemon milkshake tambah jelly laici~ SUPER MASAM!! Makan sampai habis, and kul 9 balik~ Penat mmg penat, tapi memori tu yg penting~ Kan? Kan? Harap dapat buat mcm ni agi. At least sebelum aku dipinjam selama 3 bulan ke PLKN~~` HAHAHA

                                         THE END

P/S: Aku simpan beg kentang yg dia beli tu~~ bukan tempat isi kentang, tapi paperbag warna brown yg buat isi kentang tu. Tak ckp aku nak framekan, tapi kalau aku nak, apa salahnya~~` hahaha

Monday 8 August 2011

I prefer to keep it simple~~``

YES! Tu apa yg aku fikir. Utk blog aku ni biarlah simple je. FIRST, sbb aku takut aku pun jadi serabut ngan blog sendiri (sendiri pun nak kena hadap benda ni kan?).Setiap kali aku tengok blog yg banyak sangat benda, rasa cam sakit mata~ Ada yg cantik, sbb pandai pilih warna, ton, mcm mana nak susun. Ni, ada yg dah mcm hutan~ And utk yg baru berjinak-jinak (mcm binatang dah) ngan blog ni, tak brani aku nak try letak bebanyak sangat betnda kat blog ni~ Biarlah simple je. Ibarat kata baju kawan aku(Arif Alwi): SIMPLICITY IS THE ULTIMATE SOPHISTICATION~~``

  Blog2 yg aku follow semuanya baik2~~`` Layout cantik, itu-gini , plus, yg paling aku minat nak try : LAGU. Mcm blog yg kawan aku buat tu~ ada lagu LMAO, party rock apa ntah~~ syok jugak setiap kali dengar lagu tu masa bukak blog tu~~ HAHAHA. So, mmg aku tekad dalam waktu terdekat nak pi hambat lelagu dari memana nak paste kat blog ni~~ TAPI (mmg aku ni banyak tapi kan?) aku tak tau nak pilih lagu apa~ Kalau aku nak jadi jahat, aku letak lagu Negaraku, biar setiap kali korang bukak blog aku, korang kena berdiri tegak n menghayati lagu Negaraku~ haha.

  And lagi  satu layout love-love biru ni~ Ok la kan, kena ngan jiwa aku yg berlove-love ni. Warna biru tu pun kena ngan warna tulisan biru ni kan? Cuba aku letak tulisan putih, sampai raya tahun depan pun kau tak dapat baca. So, kalau ada yg menyampah ngan layout love-love ni, comment la, n aku cuba check layout yg lebih cantik, tapi aku tak janji nak tukar~ Ni kan blog saya, biarlah saya bersuka-suka kat sini~~`` hihi Kalau rasa layout ni buruk, cuba check buku nota Physics aku~ I bet kau rela tengok blog aku berbanding buku tu~[aku je yg larat baca buku nota Physics tu :P]

  FOLLOWERS, ni lagi satu kerisauan. Blog lain aku tengok, banyak betul followers, mengalahkan twitter ngan facebook aku~ Terpikir jugak mcm mana nak banyakkan followers. Maybe esok aku bkk gerai kat bazaar ramadan, promote blog aku~ Or aku pi buat flyers pasal blog aku, n edarkan kepada org ramai. Bagus jugak cadangan tu. Blog org mmg aku tak segan silu follow, tngok apa diorang tulis, gitu-gini, siapa kawin, siapa cerai~~ HAHA Hidup ni mmg hebat~~``

  So, apa yg aku perlu buat skarang, cuba memperbaik blog. Kena rajin update. Yg pasal dari bulan Mei sampai August tu takda post sebab aku terlupa password aku apa. Rupa-rupanya password aku ialah *********. Nampak tak? Ke nak aku besarkan sikit. there you have it: *********. kalau tak nampak agi, besarkan la sendiri~~``

  Kesimpulannya, it's my blog and it's my right. Cehh, speaking~~`` Sebarang post yg dihasilkan, adalah lahir dari hati yg ikhlas. Ada yg tak puas hati, pi buat blog sendiri, kutuk blog aku. Tapi aku tak janji akan baca~~``

                                             THE END

P/S: Aku patut berterima kasih kepada Nabilah Nurul Azahari kerana memperkenal dan memberi galakan utk aku memulakan blog~~`` TQ Nabilah, aku akan sertakan nama kau kat penghargaan kalau blog ni mng Award~~`` kehkeh