BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 10 August 2011

Aku bangga aku belajar PSV~~``

PSV, or Pendidikan Seni Visual ialah matapelajaran yg aku amik utk SPM di samping Bahasa melayu etcetc. Banyak org fikir mereka yg amik PSV ni ayam-ayam je, sedangkan diorang tak tahu pun bagusnya kelas PSV ni~~`` Di sini disertakan beberapa kebaikan yg aku rasa mereka-mereka yg tak amik PSV takkan rasa... .

1. Kebebasan meng-EKSPRESSI diri
  Setiap kerja seni boleh dibuat dengan rileks, tak perlu berkejar or mengerutkan muka mcm Samy Vellu tak dapat projek. Selain itu, aku bebas nak lukis, warna , etc etc ngan mengaplikasi apa aku dah blaja. Ada apa-apa aku nak buat, just perlukan kertas lukisan, berus n palette yg sesuai. Pastu lukis ah. Perasaan yg aku dapat lepas mende tu dah siap yg buat bende ni jadi lebih best. Rasa mcm kita boleh buat semua yg kita nak. Hehehe

2. Keseronokan belajar tak macam subjek lain
  Subjek Sains, Maths sume, belajar kena serius, nak berlawak pun takleh. Mcm aku ni, kalau tengah buat nota BM or Math, aku mmg suka merajin-rajinkan tangan ni buat "nota tambahan" kat tepi nota-nota or kerja yg cikgu beri~~. Hmm, kalau tengok buku nota aku, mmg aku buat ikut kepala sendiri, ada kartun sana sini, itik la, kismis la~ Tapi kalau seni, apa aku nak lukis, cikgu tak kisah. Of corse aku tak lukis serabai, kalau tak dah lama kena comment ngan cikgu~~``

3. Lain dari kebiasaan~~``
  Maklumlah, kat EC, PSV ni utk kekelas last, org pandang bawah tu~ But , who cares? aku tak kisah pun. Seni bukan something ordinary mcm biology or fizik. Nak amik seni, kena pakej ngan bakat skali. Ibarat apa yg cikgu aku pernah ckp," kalau masuk takda ilmu... .". Di sini, ilmu tu maksud dia ialah bakat. So! Kepada sesiapa yg blagak gila ngan subjek cool dia tu, jgn pandang rendah kat org yg blaja PSV ni eh! Kitorang punya subjek perlu lebih daripada sekadar membaca~~``

4. Atmosfera yg berbeza dlm kelas
  Bebudak yg amik seni, yakni 5 Gigih, they are so funny~~`` Kalau join kelas diorang masa seni tu, mcm-mcm ragam diorang. Tak tahan aku. lain from kengkawan yg amik Fizik Bio tu, lawak diorang sopan sangat~`` So, dpt join kelas diorang mmg experience berbeza berbanding yg lepas-lepas~~`` So, utk korang, keep your sense of humour, tapi blaja jgn lupa lak!

5. Lebih sikit dari korang!
  Banyak term-term @ istilah seni. Teknik la, sejarah perkembangan seni n macam2 lagi. Obviously menda-menda ni plajar jurusan lain tak blaja kan~ So, apa lebihnya korang berbanding yg blaja PSV ni~

Walaupun diakui, PSV takda la "setanding" Fizik Bio Chem tu tapi, susah jugak, takdala senang mana. Kalau senang, cuba korang try amik! Tengok E ke F korang dapat~~`` Hehehe jkjk, jangan amik hati ya~~``

                                          THE END

No comments:

Post a Comment