BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 9 August 2011

Takpe bang, kitorang boleh buka ikut waktu India

Hari ni, YES, hari ni la, 9 August 2011, selasa aku berbuka puasa ngan kawan terbaik aku Arif Alwi. Izinkan saya utk story ngan detailnye di sini.[ Bila fikir balik, ni blog aku. Apasal aku kena mintak izin?]

  Aku dah mmg merancang nak rasa berbuka luar umah, so rajinlah mulut ni tanya Arif, nak pi tak. Dia ckp OK, aku pun happy ar. Pada awalnya rancang nak pi Perpustakaan Sultan Ismail di Larkin tu, sebab hari selasa perps tu bkk sampai 10 mlm. So, adalah tempat nak letak beg ke, berguling-guling ke sementara nak tunggu buka puasa kan? And kitorang bercadang nak berbuka di Cenderawasih, food court depan Mutiara Motors, dekat je ngan perps tu~ pas melantak berbuka, kembali semula ke perps n sambung berguling-guling or papela yg sesuai~~`` kihkih

  Datanglah hari selasa tu, aku pi perps dulu, arif menyusul kemudian kerana ada tuition~~` apa je~~`` sampai kat pintu perps aku buat apa yg aku biasa buat : buka sikit pintu tu n stay kat situ buat beberapa minit merasa angin sejuk yg keluar meluru ke luar~~ sedap giler, you should try~~`` TAPI ( mcm biasa, ada tapinya) aku perasan satu notis bertuah ditampal org bertuah di pintu yg bertuah, atas kertas warna kuning, menyatakan perps dibuka sampai kul 5 je bulan ramadan ni~ Well, lojik la, tapi apasal baru ari ni aku perasan notis tu~ Saiz A4 kot, kecik naa~~ atau dia baru tampal ari tu masa diorang tahu aku nak stay sampai kul 10~ Wtv, aku masuk gak.

  So, kat perps aku pi pulang n pinjam buku utk dibaca, (takkan dibuat alas kaki pulak?). Kat dalam tempat yg sejuk damai tu juga, fikiranku bercelaru nak pikir apa nak ckp kat Arif. Dia akan dtg Kul 6, What the fuck la kalau perps tutup. For sure dia kutuk aku kat twitter dia tu~~`` So, aku kena cari cara nak beritahu dia: TELEFON. Kan senang, tapi masalahnya handphone aku tak bawak.Terpaksa la pi public, call abg aku utk mintak no aku so aku call no aku biar kakak aku angkat n mintak dia no arif n then baru aku boleh call dia~ ulang balik ayat tu kalau tak paham. Akhirnya aku dapat reach dia, masa tu kat tuition, suara mcm marah je, seram aku.Talk, talk talk.. . aku ckp aku tunggu kat masjid larkin central. Kul 6 lebih dia sampai~

  Ni dah tukar setting: Kat Cenderawasih. Kul 6:45 mcm tu kita dah start order makanan. Sbb 6 lebih tu ada org ajak pi tmn permainan berhantu kat depan Mutiara Motors tu~ sapelah budak tu~ Arif pesan nasi paprik ngan gulai ikan paus air limau ais apa ntah~ Aku pesan nasi pataya ngan bandung soda~~` But, maybe kitorang pesan lambat sangat, so pesanan tu dtg lambat~ Nak dijadikan cerita, bila azan dah berkumandang, n semua org dah start mkn, kitorang melongo je mcm org tak puasa, tunggu mknan~ Rupan-rupanya mmg dia lupa, makanan dia dapat siapkan dulu. But then kitorang terpaksa pangil dia n tanya pasal air yg telah dipesan.. "Hmm, ada pesan air eh?" selamba je dia jawab. Ikutkan hati nak je aku jawab " Tak, tu yg kitorang dok menunggu-nunggu tu~~`" hampa~hampaaa~~`

   But kitorang dapat pesanan tu walaupun lambat. Sorry Arif kalau menyusahkan kau. Then kitorang pi solat kat larkin central tu, lepaskan maghrib~ Arif dah senak.Marah-marah pun senak jugak~ kahkah. Lepas maghrib, Arif nak melunas rindu mkn aiskrim sundae cikelat McD n beli kentang @ potato.. Aku pi beli coolblog lemon milkshake tambah jelly laici~ SUPER MASAM!! Makan sampai habis, and kul 9 balik~ Penat mmg penat, tapi memori tu yg penting~ Kan? Kan? Harap dapat buat mcm ni agi. At least sebelum aku dipinjam selama 3 bulan ke PLKN~~` HAHAHA

                                         THE END

P/S: Aku simpan beg kentang yg dia beli tu~~ bukan tempat isi kentang, tapi paperbag warna brown yg buat isi kentang tu. Tak ckp aku nak framekan, tapi kalau aku nak, apa salahnya~~` hahaha

No comments:

Post a Comment