BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 8 August 2011

Al-Isyarat Fi Ilmi Al-Ibarat

Sejak dua menjak ni, aku mula terfikir pasal kat mana aku nak sambung pelajaran aku~ Semua pilihan aku actually dipengaruhi banyak org~Mostly org disekeliling aku and the rest come from biography org-org hebat.

1.CHEMICAL ENGINEERING:
   Chemical Engineering,aku dipengaruhi oleh org yg kasi ceramah masa kem sains anjuran Petronas/Petrosains. tambahan pula aku ni pemegang biasiswa Petronas from form 1 so, aku rasa mcm aku ni patut berjasa ke arah kima.

  Influence (betul ke aku eja tu?) from cikgu Kimia aku pulak, Pn Nazariah membuatkan aku mcm nak kluar dari praktis kimia yg ayam-ayam, aku tekad nak jadi ALCHEMIST! ya, cita2 yg mcm bullshit BUT impian aku skang adalah utk menjadi org yg membawa semula ilmu kimia kuno tu kembali ke dunia saintifik. And then jadi org pertama yg berjaya melengkapkan formula utk hasilkan "cheap gold". 

2.LAW
  Yg ni dipengaruhi oleh kakak kepada kawan aku, namanya Nur Afeeqah(ejaan tak pasti). Sejak tahu dia menyambung pelajarannya ke bidang itu, aku mula curious n mula rasa suka kat LAW~~ Hehehe, best jugak kan jadi lawyer, blaja cara lawan ckp org or at least dapat jumpa Karpal Singh~ Pastu mula la aku ambil tahu sedikit sebanyak pasal Law;actus reus la, res ipsa loquitor la, apa la. Tapi yg aku pasti~ kalau nak amik law, tak perlu blaja bahasa Latin. So sekali lagi, kalau aku jadi Lawyer, MMG SALAH KAU :) ~~ hahaha

3.AL-AZHAR
  Ok, yg ni rumit sikit. Banyak pengaruhnya, from sorang kawan aku kat Mahaad Pontian, Noor Azida sampai gambar seorang sultan yg cool ni until la kat ustaz-ustaz yg ajar fiqah and also beberapa tokoh lain mcm Hamka. Sebab bila tengok benda-benda yg diorang buat, nampak cool~ Ckp bahasa Arab la, pastu dapat jumpa  awek berpurdah. Tapi mcm mustahil la nak sambung kat situ~ skul agama dah la tak pernah pergi. Baca Jawi pun merangkak, hmm, TAPI( mmg ada tapi) aku boleh menghafal, kecuali password blog ni~~``

  So, kalau tak sampai nak rasa dapat Mumtaz or amik STAM or jumpa awek berpurdah, aku harap, mereka yg ke arah situ dapat buat sehabis baik~~ BAT (bahasa arab tinggi) tu pastikan dapat A+ ~~ hehehe

4.PERGURUAN
  Obviously dipengaruhi guru-guru aku~ Miss Shyamala tu, Puan Normalah(ajar aku maths) etc etc. Tapi bila fikir, gaji tak lumayan, tu je yg buat hati berat sikit. Tapi bila aku dah kaya, aku lantik diri aku jadi guru or lecture, buat pusat tuition ke, or even better buat Universiti sendiri~ nanti aku beli EC tu. Kasi prestasi dia naik sikit. HAHAHA

TAKDA no 5 dan seterusnya sebab yg lain tu benda2 yg aku nak keep utk diri sendiri antaranya jadi cikgu divination mcm Professor Trelawney. And tajuk post ni: Al-Isyarat Fi Ilmi Al-Ibarat is actually a book written by sapa ntah,tak ingat.Buku ni pasal tafsir mimpi. Kot besar nanti aku pun nak jadi Pakar Takbir Mimpi~~ kehkeh. Syok dapat belajar benda-benda macam ni,nampak cool kan? or nampak pelik. But who cares~~` kepada sesiapa yg ada cita2, teruskan mengejarnya. Yg takda agi, pi join kerak~ yg dah bekerja, keep your good work and inspiring people~~``

                                          THE END

P/S:Aku masih rasa aku boleh dapat Mumtaz kalau amik STAM(Sijil Tinggi Agama Malaysia).. Nothing is impossible rite?

No comments:

Post a Comment