BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 7 August 2011

Waiting for buka puasa :)

Alkisah aku boring menunggu waktu untuk berbuka bagi Zon II daerah Johor Bahru, so sesaja je la tulis kat blog ni~~ Ditambah pula aku baru berjumpa semula ngan blog ni, so, ini kira nak MELUNAS RINDU la~~

  Sesambil ckp pasal melunas rindu ni, teringat aku kat novel komponen sastera bagi tingkatan 4: MELUNAS RINDU oleh Hartini Hamzah. Ini novel yg baharu, kira batch aku ialah batch yg first pakai novel ni~.

  Pelajar sebelum aku berpeluang mempelajari novel karangan Sasterawan Negara, A. Samad Said, Di Hadapan Pulau.  Akan tetapi [wah, ada tetapi tu], aku bersyukur aku hanya perlu belajar Melunas Rindu kerana novel ini rata-rata lebih mudah difahami berbanding novel Di Hadapan Pulau. Novel genre gedik-gedik romantik  cinta ini mengisahkan Fuad, yg melahirkan perasaan cinta kepada Farhana. Tapi dia tak tahu Farhana tu adik dia, lain bapa satu ibu~ Nak buat dia nampak lebih bodoh, dia juga pernah terjebak ngan satu kisah percintaan yg tak berbeza la ngan yg kes Farhana tu. Cuma perempuannya Sofia. Pisang berbuah dua kali, nak buat macam mana kan? Pi la sedekah kat masjid aku pisang-pisang tu pada hari jumaat~

  Novel yg baik, cantik, dan patut dibuat drama or filem (tapi aku tak jamin ada org nak tengok! Budak form 4 mungkin akan tengok, kerana malas nak baca).Novel baharu tingkatan 5 ialah Kabus Di Perbukitan~ novel ni nyampah sikit~ malas aku nak terangkan di samping dah pukul 7, aku nak pi bancuh air~ Mango tau!

  So, dapatlah dirumuskan.. well, takda moral value pun sebenarnya. Tapi, ini sedikit nasihat: siapa yg rasa novel-novel yg dipilih utk dipelajari dalam komponen sastera itu tidak BEST, fikir semula~

                                        THE END

1 comment:

  1. woi,,x der namer laen ker kau nk guna???COOKIE???
    n novel 2 cm x bezz jer,,mintak2 zaman aku nnti guna novel baru yg lagi ok!!

    ReplyDelete